Assalamu’alaikum & Salam Cliffordians!
Alhamdulillah, hari ini kita berkongsi satu lagi lakaran sejarah kejayaan seorang Old Cliffordian, di mana Tuan Haji Zainal bin Ismail KMN, AMP, PPT (Batch 73) telah dianugerahkan dengan anugerah tertinggi sebagai “TOKOH HARI PEKERJA” sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvesyen MBSA.
Beliau juga pernah menerima anugerah² lain, di antaranya;
- Tokoh Kempimpinan Cuepacs Kebangsaan 2018.
- Kesatuan Sekerja Negeri Peringkat Kebangsaan.(Cuepacs Negeri Perak) 2017.
- Majikan Prihatin Badan Berkanun Peringkat Kebangsaan 2016.(Kesatuan Pekerja² Lembaga Air Perak).
Untuk perkongsian, Tn Haji Zainal bin Ismail dilahirkan di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak pada tanggal 17hb Sep 1956. Anak ke-5 daripada 12 adik beradik. Beliau mendapat pendidik awal di Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dan pernah menjawat jawatan² penting berikut ;
- Timbalan Presiden CUEPACS Malaysia.
- Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC, Sektor Badan Berkanun.
- Pengerusi CUEPACS Negeri Perak.
- Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja Lembaga Air Perak.
Mendirikan rumahtangga dengan Hajah Zakiah bt Haji Arbi dan dikurniakan dengan 7 orang anak dan 9 orang cucu. Kesemua anakanda Tuan Haji Zainal kini telah berjaya cemerlang dalam karier masing-masing.
Sekali lagi, ucapan setinggi-tinggi tahniah dari O.C.A. buat Tuan Haji Zainal bin Ismail.
Dato’ Setia Salehuddin b Saidin,
Presiden O.C.A.
Presiden O.C.A.
“THE SHIP IS MORE THAN THE CREW”
Post Views: 340




